Pages

Monday, February 11, 2013

sejarah..

aku hanya manusia biasa yang juga memiliki perasaan. aku hidup penuh dengan sejarah.

melalui sejarah aku belajar untuk menjadi manusia. dahulu kalanya, aku dikenali sebagai manusia yang tidak 

mempunyai perasaan. aku kejam, hati kering, menyakitkan hati, dan semua yang buruk ada pada diri aku.

pelbagai tomahan aku terima kerana sikap aku yang tidak baik ini.
"kenapa aku melakukan demikian?? kenapa??"
inilah jawapannya. aku hanya mahu berkawan tapi tiada siapa yang faham. tanpa menghiraukan perasaan

orang lain, aku terus dan terus melakukan walaupun aku tahu itu semua hanya sia-sia.
"sape nak, kalau dok nyusah kat orang je."
saban hari, aku memikirkan, aku termenung, mengharapkan jawapan akan muncul, namun hanya tinggal

harapan.  tapi itu semua cerita lama.

kini, aku telah membesar dari tahun ke tahun aku mempelajari untuk menjadi manusia. dari zaman kanak-

kanak ke alam persekolahan sekolah rendah. dari sekolah rendah ke alam yang lebih mencabar, sekolah

menengah. semuanya ada cerita disebalik setiap tahun ku lalui.

No comments:

Post a Comment